Ini lima perkara dinyatakan Dr Adham Baba pada Mesyuarat Khas Parlimen hari ini

Astro Awani
Julai 27, 2021 20:16 MYT
Dr Adham Baba memberitahu, tiada sebarang tindakan disiplin akan diambil terhadap doktor-doktor kontrak yang terlibat dalam protes aman di hospital-hospital kerajaan seluruh negara pada Isnin. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang tindakan disiplin akan diambil terhadap doktor-doktor kontrak yang terlibat dalam protes aman di hospital-hospital kerajaan seluruh negara pada Isnin, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Berikut lima perkara yang dinyatakan Dr Adham Baba pada sidang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.
1. Langkah interim kerajaan memberi lanjutan kontrak bagi doktor kontrak selama dua tahun menerima kritikan beberapa ahli Parlimen.
2. Peningkatan jangkitan dalam gelombang ketiga dikesan melalui kes sporadik dan tiada kaitan dengan kes kluster.
3. Sebanyak 278,023 perjawatan tetap diluluskan kepada KKM oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setakat 31 April lalu.
4. Tiada sebarang tindakan disiplin akan diambil terhadap doktor-doktor kontrak yang terlibat dalam protes aman di hospital-hospital kerajaan seluruh negara.
5. KKM memohon peruntukan RM1.14 bilion perolehan tambahan bagi peralatan kesihatan seperti 'reagen', 'consumables' dan peralatan perlindung diri (PPE)
#Dewan Rakyat #KKM #Parlimen #Adham Baba #Kementerian Kesihatan #Khairy Jamaluddin #Noor Hisham Abdullah
;