Ini lima perkara anda perlu tahu dalam sidang media Dr Zulkifli hari ini

Fareez Azman
Jun 17, 2020 18:01 MYT
Menteri Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam sidang media pencapaian 100 Hari di Putrajaya pada Rabu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
100 hari memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengakui pelbagai inisiatif berjaya dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat di negara ini.
Ini lima perkara penting yang anda perlu tahu dalam sidang media Datuk Dr Zulkifli pada Rabu.
1. RM 196.3 juta bantuan disalurkan kepada 10 kelompok sasar setakat Mei menerusi program #MusaadahCOVID-19.
2. RM5.3 juta bantuan menerusi program i-Tekad disalurkan kepada usahawan Mikro B40 serta golongan asnaf yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
3. Laman sesawang rasmi (www.mira.gov.my) Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dilancarkan bagi rakyat melihat kad laporan bulanan serta berurusan dengan jabatan itu.
4. Program MYHaus bakal dilancarkan bagi membantu kelompok sasar membina semula, membaiki pulih dan membaiki kerosakan rumah.
5. Anugerah Khas Imam Al-Ghazali diperkenalkan bagi menyuntik semangat dan kecemerlangan kepada penjawat awam di bawah jabatan itu.
#bantuan #Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri #hal ehwal agama #Jabatan Perdana Menteri #koronavirus #menteri #MusaadahCOVID-19 #MYHaus #pencapaian 100 hari #penjawat awam #Perdana Menteri #rumah
;