Ini lima inti pati kenyataan media Ismail Sabri pada 16 Disember

Faris Danial Razi
Disember 16, 2020 09:43 MYT
Menteri Kanan Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan, antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 235 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Daripada jumlah itu, seramai 233 individu telah dikompaun manakala dua individu pula direman.
Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (82), tidak memakai pelitup muka (81), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (57) dan lain-lain (15).
Berikut adalah tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Disember 2020:
1) Pada 15 Disember 2020, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 235 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP.
2) Daripada jumlah itu, 233 individu dikompaun, dan dua direman.
3) Op Benteng menahan 40 pendatang asing tanpa izin (PATI), 5 penyeludup serta 7 kenderaan dan 4 bot/kapal
4) Anggota penguatkuasa membuat pemeriksaan di 20 tapak binaan di seluruh negara dan kesemua tapak binaan didapati patuh SOP yang ditetapkan
5) KPDHEP membuat pemantaun harian ke atas 11 jenis bekalan barangan di 659 premis perniagaan termasuk peruncit (472), pemborong (156) dan pengilang (31).
BACA: PDRM tahan 235 individu ingkar arahan PKP - Ismail Sabri
#ismail sabri yaakob #Polis Diraja Malaysia #PDRM #SOP #pelitup muka #PKP #polis #Malaysia #COVID-19