Ini lima fokus utama kenyataan media Ismail Sabri pada hari ini
Umavathi Ramayah
November 28, 2020 16:34 MYT
November 28, 2020 16:34 MYT
KUALA LUMPUR: Seramai 217 individu yang gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal adalah antara 577 orang ditahan polis kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pada Jumaat.
Berikut adalah lima perkara penting kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, Sabru, 28 November 2020:
1) 577 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPP dengan 55 individu direman.
2) Sejumlah 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua penyeludup ditahan dalam Operasi Benteng.
3) Sebanyak 63,722 pemeriksaan dilakukan bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.
4) Penguat kuasa melakukan pemeriksaan ke atas 941 terminal pengangkutan darat, 231 terminal pengangkutan air serta 83 terminal pengangkutan udara.
5) KPDNHEP melakukan 637 pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan termasuk peruncit (467), pemborong (139) dan pengilang (31).