Ini lima fokus utama kenyataan Ismail Sabri pada hari terakhir 2020
Astro Awani
Disember 31, 2020 18:58 MYT
Disember 31, 2020 18:58 MYT
KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 301 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Rabu, 30 Disember 2020.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu, 298 telah dikenakan kompaun manakala tiga direman.
Berikut adalah lima fokus utama kenyataan media Ismail Sabri pada Khamis, 31 Disember 2020:
1) PDRM telah menahan 301 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP dengan 298 telah dikenakan kompaun manakala tiga direman.
2) Antara kesalahan termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (149), tidak memakai pelitup muka (77), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (63).
3) Operasi Benteng telah berjaya menahan 31 PATI dan 2 tekong serta merampas 6 buah kenderaan darat.
4) Sehingga 30 Disember 2020, seramai 94,967 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di pelbagai lokasi.
5) Penguatkuasa telah membuat pemeriksaan di 12 tapak binaan di seluruh Malaysia dan kesemua tapak binaan yang diperiksa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
#ismail sabri yaakob
#PDRM
#SOP
#PKP
#PKPB
#Pelaksanaan PKP
#polis
#pati
#menteri
#operasi
#Polis Diraja Malaysia
#perintah kawalan pergerakan
#pelitup muka