Ini kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi negeri Fasa 1 PPN
Madiha Abdullah
Ogos 19, 2021 19:00 MYT
Ogos 19, 2021 19:00 MYT
KUALA LUMPUR: Ini kebenaran yang diberikan bagi negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang boleh dilakukan bermula esok, bagi individu yang sudah lengkap divaksin.
Dine-in
- Pengusaha premis kedai makan disarankan supaya menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan yang lebih baik
- Pemilik premis kedai makan perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19
- Pasangan yang telah menerima vaksinasi lengkap dan ingin membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah, pastikan mereka mematuhi SOP yang ketat.
Sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor)
- Aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.
- Antara aktiviti yang dibenarkan ialah jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, dan permotoran.
- Turut dibenarkan ialah perkelahan dan perkhemahan. Penyertaan individu 17 tahun dan ke bawah dibenarkan dengan pematuhan SOP yang ketat.
Pasar malam dan pasar minggu
- Pihak penguat kuasa yang berkenaan serta pemilik premis perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19
Seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
a) Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; dan
b) Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.