Ini garis panduan pembukaan rumah ibadat bukan Islam

Madiha Abdullah
Mei 22, 2020 08:30 MYT
Sejumlah 174 rumah ibadat bukan Islam dibenar dibuka dengan bersyarat di lokasi Zon Hijau. -Gambar fail
SEBANYAK 174 rumah ibadat bukan Islam dibuka di zon hijau selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir, iaitu pada 10 Jun ini.
Bagaimanapun, kesemua rumah ibadat itu masih perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Berikut adalah garis panduan yang perlu diikuti.
UMUM
- Bilangan kehadiran penganut agama hendaklah tidak melebihi 30 orang, tertakluk kepada saiz keluasan rumah ibadat tersebut.
- Penganut yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir.
- Saringan suhu badan, penyediaan pensanitasi tangan dan pemakaian pelitup muka mesti dipatuhi setiap masa.
- Kebenaran ini hanya untuk warganegara Malaysia.
- Kebenaran ini juga hanya untuk satu hingga dua hari sahaja dalam seminggu bagi hari-hari keutamaan keagamaan masing-masing.
SEBELUM MASUK
- Pembersihan premis dan saringan kesihatan.
- Menyediakan kaunter saringan kesihatan dan buku rekod.
- Pakai penutup hidung dan mulut.
- Penganut dilarang berkumpul di luar rumah ibadat.
DI DALAM
- Penganut sentiasa berada di tempat yang ditandakan.
- Dilarang berkumpul.
- Wajib memakai penutup hidung dan mulut.
SELEPAS TAMAT ACARA IBADAT
- Pastikan semua penganut keluar dan rumah ibadat ditutup tanpa berlengah.
- Penganut terus bersurai dan elakkan bersentuhan.
- Jangan berkumpul.
#dilarang berkumpul #elak bersentuhan #garis panduan #Kementerian Kesihatan #keselamatan #kesihatan #pelitup muka #pensanitasi tangan #rumah ibadat #rumah ibadat ditutup #saringan kesihatan
;