Ini cara baiki masalah aplikasi YouTube mainkan Shorts secara tiba-tiba

Amanz
Mac 18, 2025 13:00 MYT
Terdapat rungutan pengguna apabila aplikasi YouTube secara rawak membawa mereka terus ke Shorts dan bukannya laman utama. -Amanz
BUKAN lagi rahsia yang YouTube cuba menjadi pesaing kepada TikTok dengan Shorts mereka.

Ringkasan AI
  • YouTube sedang berusaha untuk bersaing dengan TikTok melalui Shorts, dan terdapat perubahan yang dilakukan untuk meningkatkan interaksi dengan video pendek ini.
  • Terdapat masalah di mana aplikasi YouTube secara rawak membawa pengguna terus ke Shorts dan bukannya laman utama, yang boleh menjengkelkan.
  • Cara sementara untuk membaiki masalah ini adalah dengan membersihkan memori cache aplikasi YouTube di tetapan peranti Android.

Banyak perubahan Google lakukan pada YouTube untuk memastikan orang ramai berinteraksi dengan video pendek Shorts ini.
Terbaharu, tidak pasti sengaja atau pepijat – setiap kali aplikasi YouTube dibuka ia akan terus membawa pengguna ke Shorts dan bukannya laman utama.
Ini akan menjengkelkan untuk sesetengah orang seperti video yang terus dimainkan dengan aras suara kuat, atau video yang mungkin kandungannya tidak begitu sesuai ditonton di khalayak ramai.
Cuma, masalah ini dilihat berlaku secara rawak kepada pelbagai peranti Android.
Masalah ini turut benar berlaku kepada saya, cuma ketika ia berlaku saya sangkakan jari saya yang tertekan kepada ikon Shorts tetapi ternyata tidak.
Isu yang saya alami adalah lebih kurang sama dengan apa yang berlaku kepada penulis 9to5Google, iaitu Nothing Phone (3a) Pro dan Pixel 9 Pro XL saya mengalami masalah ini secara rawak.
Saya sedari sejak sekitar semalam, barulah aplikasi kembali normal dengan apabila ia dilancarkan akan membawa pengguna ke skrin utama.
Cara membaiki buat masa ini hanyalah dengan pergi ke tetapan, cari aplikasi YouTube dan bersihkan memori cache sebelum membuka semula aplikasi. -Amanz
#YouTube #TikTok #Shorts #memori cache
;