Ini amaran ribut petir di tujuh negeri di Pantai Barat

Bernama
Oktober 7, 2018 23:30 MYT
Pemandangan awan gelap sempat dirakam di Masjid Zahir di Alor Setar sebelum hujan lebat, hari ini. - Foto Bernama
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga 1 pagi esok.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan serupa juga dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, Selat Melaka, Bunguran dan Condore sehingga tempoh yang sama.
Keadaan ini menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil, kata kenyataan itu.
--BERNAMA
#angin kencang #cuaca #hujan lebat #Jabatan Meteorologi Malaysia #Johor #Kedah #Malaysia #Melaka #Negeri Sembilan #Perlis #pulau pinang #ribut petir
;