Ini 8 penjelasan Muhyiddin kos RM38.5 juta untuk baik pulih Seri Perdana
Astro Awani
September 30, 2021 17:23 MYT
September 30, 2021 17:23 MYT
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi penjelasan berhubung kerja-kerja baik pulih Kompleks Seri Perdana.
Beliau akui, kelulusan baik pulih itu diberi semasa pentadbiran beliau.
Berikut penjelasan kenapa kerja-kerja baik pulih terhadap bangunan berusia 20 tahun itu perlu dilakukan:
1. Kerosakan melibatkan kebocoran, sistem pencahayaan yang telah lama serta.
2. Keadaan fizikal lantai dan bumbung yang telah rosak atau usang.
3. Kerosakan perabot built-in, lantai kayu, panel dinding dan siling bangunan.
4. Pendawaian elektrik, pencahayaan dan peralatan mekanikal seperti penghawa dingin perlu dibaik pulih kerana telah terlalu usang.
5. Sistem pendawaian bangunan Seri Perdana yang berusia lebih 20 tahun boleh mendatangkan risiko kebakaran jika tidak dibaik pulih segera.
6. Perolehan perabot dibuat memandangkan kebanyakan aset perabot di Seri Perdana yang didakwa milik peribadi mantan Perdana Menteri Keenam telah dipindah keluar.
7. Sebahagian besar daripada kos membaik pulih Seri Perdana adalah melibatkan kerja-kerja binaan, pendawaian elektrik dan mekanikal.
8. Memulihara bangunan milik kerajaan yang menjadi lambang institusi Ketua Kerajaan dan imej negara ini kepada keadaannya yang asal.
#Muhyiddin Yassin
#Kompleks Seri Perdana
#kos baik pulih Seri Perdana
#kediaman rasmi Perdana Menteri