Ini 6 sebab Malaysia negara terbaik untuk persaraan - International Living
Najib Aroff
Januari 12, 2019 18:11 MYT
Januari 12, 2019 18:11 MYT
Malaysia disenaraikan di tempat kelima sebagai negara terbaik untuk persaraan bagi 2019 oleh International Living.
Laporan yang diterbitkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) itu memetik Indeks Persaraan Global Tahunan oleh International living yang menjalankan kajian berdasarkan faktor yang memberi kesan kepada kualiti hidup termasuk iklim, gaya hidup tempatan, kos sara hidup, penjagaan kesihatan, visa dan tuntutan untuk menetap.
Ini sebab mengapa Malaysia adalah antara negara terbaik untuk persaraan seperti disenaraikan International Living.
1) Cuaca panas dan lembap sepanjang tahun.
2) Landskap hutan hujan tropika, pantai yang indah serta beratus pulau menarik untuk diteroka.
3) Kos sara hidup yang rendah.
4) Akses mudah kepada pelbagai jenis makanan.
5) Penguasaan Bahasa Ingggeris yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia.
6) Sistem penjagaan kesihatan terbaik dan berkos rendah.
International Living menyenaraikan Panama di tempat pertama berikutan cuaca tidak terlalu terik, cukai yang tidak tinggi, dan sistem manfaat kepada pesara yang baik.
Tempat kedua dimiliki Costa Rica disebabkan tawaran pelbagai aktiviti luar seperti menyelam dan mendaki yang menarik untuk bakal pesara, selain harga perumahan murah.
#bersara
#Forum Ekonomi Dunia
#International Living
#kos sara hidup
#Malaysia negara terbaik persaraan
#penjagaan kesihatan
#persaraan
#retirement
#WEF
#World Economic Forum