Ini 5 perkara utama sidang akhbar PKPB

Umavathi Ramayah
Jun 9, 2020 06:52 MYT
Kedai-kedai serbaneka dan runcit dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam. - Gambar fail
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Selasa, 9 Jun 2020.
INI APA YANG ANDA PERLU TAHU HARI INI:
1. Sekatan jalan raya rentas negeri akan berakhir mulai Rabu, fokus PDRM akan tertumpu pada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) melibatkan premis-premis awam dan sebagainya.
2. Kedai-kedai serbaneka dan runcit dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam.
3. Pembukaan semula surau-surau di pusat beli belah dan kawasan R&R.
4. Restoran, gerai-gerai makan dan semua perniagaan menjual makanan dibenarkan beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam.
5. Gerai-gerai di kawasan R&R dibenarkan beroperasi.
#ismail sabri yaakob #PDRM #perintah kawalan pergerakan #perintah kawalan pergerakan bersyarat #PKPP #SOP