Ini 5 perkara penting dalam sidang media Menteri Kanan Pendidikan
Astro Awani
Jun 6, 2021 11:40 MYT
Jun 6, 2021 11:40 MYT
KUALA LUMPUR: Saluran TV Pendidikan di TV Okey RTM akan ditayangkan selama 2 jam, Astro Tutor TV (4 jam) sementara DidikTV KPM (15 jam) setiap hari.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata ia sekali gus akan membantu pelajar yang menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PDPR).
Berikut lima perkara utama sidang media Datuk Radzi Jidin pada Ahad:
1) Sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) dilaksanakan selepas cuti penggal persekolahan pada 13 Jun dan 14 Jun bagi tempoh 25 hari
2) Cuti pertengahan penggal bermula 16/17 Julai hingga 24/25 Julai 2021.
3) Inisiatif CERDIK: Daripada 150,000 unit peranti yang diumumkan, 12,887 unit telah diagihkan; 40,290 pada 12 Jun; dan baki 96,823 pada September depan.
4) Ujian lisan dan amali sains Sijil Pelajaran Malaysia 2021 akan dilaksanakan pada Februari 2022 manakala ujian bertulis pula pada Mac 2022.
5) Rayuan sekolah khusus, SBP, SMKA, KV, SMT, SMPKV dengan semakan pada 8 Jun 2021. Pendaftaran dalam talian pada 13 dan 14 Jun 2021.
#Sijil Pelajaran Malaysia
#PdPR
#Radzi Jidin
#TV Okey
#Astro Tutor TV
#DidikTV
#Menteri Kanan Pendidikan
#cuti penggal persekolahan