Ini 10 syor dikemuka ERC kepada PM
Umavathi Ramayah
Ogos 27, 2020 16:36 MYT
Ogos 27, 2020 16:36 MYT
Hanya seorang calon dibenarkan bertanding bagi satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dan pengasingan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah antara 49 syor yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) dalam laporan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pagi tadi.
Pengerusi ERC, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berharap kesemua cadangan itu akan dipertimbangkan dan dilaksanakan bagi memastikan amalan demokrasi melalui pilihan raya dapat dipertingkatkan supaya negara diiktiraf semula sebagai mempunyai sistem pengurusan pilihan raya yang kredibel mengikut standard amalan antarabangsa.
Berikut adalah 10 syor pembaikan laporan ERC:
* Pengasingan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya.
* Penubuhan Suruhanjaya Sempadan Pilihan Raya.
* Pendaftaran tentera dan polis sebagai pemilih mengikut alamat tempat tinggal.
* Pelantikan pemerhati antarabangsa dan tempatan semasa pilihan raya umum.
* Pemindahan fungsi pendaftaran parti politik kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
* Penetapan tarikh pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diumumkan enam bulan sebelum tarikh sebenar
* Pewujudan undang-undang berkaitan penyaluran dana awam kepada parti politik.
* Pelaksanaan sistem pendaftaran pengundi secara automatik.
* Penetapan dasar seorang calon hanya boleh bertanding bagi satu kerusi
* Penetapan dasar 30 peratus calon wanita dalam senarai pencalonan parti.
#Ab Rashid Ab Rahman
#calon
#ERC
#Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Ray
#menteri
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#politik
#PRU
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Suruhanjaya Sempadan Pilihan Raya
#undang-undang