Ini 10 sebab utama mengapa anda tidak harus melepaskan peluang menghadiri Pameran #MyDigitalMaker 2019!

Pameran #MyDigitalMaker 2019 bakal berlangsung selama dua hari bermula September 14 ini.

1. Melangkah ke masa hadapan

Anda boleh mendalami dunia digital yang akan menjadi masa depan kita. Dengan pembaharuan Pameran #MyDigitalMaker buat kali ketiga dengan mendalami Space Explorer, anda kini boleh mengalami adventur di ruang angkasa!

Jadi, ayuh sama-sama melangkah ke masa depan dari September 14 & 15, 2019 di Pameran #MyDigitalMaker untuk merasai kemajuan teknologi yang tiada seumpamanya!

MDEC

2. Terlalu banyak acara menarik

#MyDigitalMaker dihoskan untuk menimbulkan kesedaran tentang kemajuan teknologi di Malaysia dan dunia. Ia bertepatan untuk seisi keluarga!

Acara dua hari ini padat dengan aktiviti-aktiviti untuk seisi keluarga dengan banyak perkara untuk dipelajari!

MDEC

3. Sesi temu ramah bersama selebriti

Ada beberapa nama selebriti turun padang untuk menyerikan Pameran #MyDigitalMaker 2019. Jadi, jangan terlepas menyaksikan penyanyi rap, Caprice yang akan menghiburkan pengunjung di pameran ini!

4. Sesi ramah mesra bersama Cruzr

Pernahkah anda berbual dengan robot humanoid? Ini peluang anda. Cruzr merupakan robot yang direka khas berasaskan teknologi awan, robot humanoid sosial untuk berbual, bersoal jawab dan mengumpul data.

Cruzr

5. Alat mengesan profil kecerdasan buatan

Pilih karier anda menggunakan kecerdasan buatan (AI).

6. Battle of the Ninjas

Antara aktiviti yang dijangka mendapat perhatian ialah ‘Battle of the Ninjas’ yang merupakan pertarungan Digital Ninja dalam mengetengahkan rekaan mereka dalam menangani Revolusi Industri Digital.

MDEC

7. Barisan speaker terkenal

Selain dari Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Yang Berhormat Gobind Singh, peserta turut berpeluang menyaksikan beberapa nama besar dari industri digital.

MDEC

8. Bengkel percuma

Jika anda ingin tahu tentang industri digital, terdapat pelbagai kempen yang boleh disertai. Apa yang menarik ialah penyertaan anda adalah percuma. Anda juga berpeluang mempelajari tentang Industri Revolusi 4.0 dan impaknya ke atas masa depan negara!

MDEC

9. Hadiah menarik untuk dimenangi!

Selain dari hadiah wang tunai, anda juga berpeluang memenangi hadiah lumayan dalam cabutan termasuk LEGO Mindstorms bernilah lebih RM2,000.

MDEC

10. Pertandingan menarik

Saksikan beberapa pasukan bertanding dalam pertandingan menerusi acara yang akan berlangsung selama dua hari ini. Pertandingan termasuk mereka corak kemeja-T dan seni reka digital yang anda boleh nikmati.

Jangan terlepas peluang ini!

MDEC