Ingkar SOP PKP: 389 individu ditahan pada hari kedua pelaksanaan darurat

Hasimi Muhamad
Januari 14, 2021 17:40 MYT
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata seramai 371 individu dikenakan kompaun manakala 18 lagi direman. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hari kedua pelaksanaan Perintah Darurat menyaksikan seramai 389 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Rabu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 371 individu dikenakan kompaun, manakala 18 lagi direman.
Dalam masa yang sama, kawalan sempadan negara terus diperketatkan menerusi Operasi Benteng dalam usaha untuk mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
"Menerusi Operasi Benteng, semalam seramai 138 PATI dan enam tekong ditahan, serta merampas sebuah bot atau kapal dan juga 13 kenderaan darat.
"Sebanyak 276 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng juga dilaksanakan di seluruh negara," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
#ismail sabri yaakob #perintah darurat #perintah kawalan pergerakan #SOP #PKP #darurat
;