Ingkar SOP: 60 premis diarah tutup serta merta, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin
Nickyson Nyambar
Ogos 12, 2021 18:52 MYT
Ogos 12, 2021 18:52 MYT
KUALA LUMPUR : Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 18,444 anggota telah melaksanakan 89,183 pemeriksaan dan snap check COVID-19 bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di seluruh negara.
Berikut adalah lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 12 Ogos:
1) Gagal patuh SOP, 60 premis diarahkan tutup serta-merta.
2) 256 individu ditahan ingkar SOP, 219 dikompaun, 37 lagi direman.
3) Op Benteng menahan tujuh pendatang tanpa izin (PATI), serta merampas sembilan kenderaan darat.
4) Pada 11 Ogos, sebanyak 918 sekatan jalan raya (SJR) telah dilaksanakan.
5) Seramai 690 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa pada 11 Ogos, dan semua telah dikuarantin.
#ingkar SOP
#pandemik
#COVID-19
#Op Benteng
#SJR
#Pasukan Task Force Operasi Pematuhan
#Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein