Ingkar PKP, 46 lagi ditangkap di Sarawak
Lynch Cowan
Mac 31, 2020 12:46 MYT
Mac 31, 2020 12:46 MYT
Polis Sarawak menangkap 46 Individu dalam tempoh 24 jam bermula jam 8 pagi Isnin kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tangkapan teramai adalah di Miri iaitu 12 orang, diikuti Kuching (9), Sibu (8), Saratok (3), dua masing-masing di Padawan, Kota Samarahan, Sri Aman, Limbang, Dalat, dan masing-masing seorang di Bintulu, Serian, Lawas dan Sarikei.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar, jumlah tangkapan keseluruhan mulai 18 Mac sehingga pagi 31 Mac adalah 276 orang.
Sementara itu jumlah yang sudah didakwa di mahkamah mulai 18 Mac sehingga kini adalah 83 orang iaitu 31 orang di Sibu, Padawan (13), Miri (7), Dalat (7), enam orang masing-masing di Sarikei, Lawas, dan Matu Daro, manakala empat di Kuching, dua di Kota Samarahan dan seorang di Bintulu.
"Kebanyakan telah mengaku salah dan dijatuhkan hukuman penjara antara dua hingga empat bulan.
"Mereka didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan/Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan 2020)," jelas Dev Kumar
Seksyen 186 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.
Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit pula memperuntukkan denda tidak lebih daripada RM, 000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
#Bintulu
#COVID-19
#Dev Kumar
#Kota Samarahan
#Kuching
#mahkamah
#Miri
#Padawan
#penjara
#PKP
#polis
#Sarawak
#Sarikei
#Sibu