Ingkar jalani saringan kedua, tunggu polis datang 'ketuk' pintu rumah anda!
Astro Awani
Julai 1, 2020 15:11 MYT
Julai 1, 2020 15:11 MYT
Polis akan mencari 1,400 rakyat Malaysia yang masih enggan melakukan saringan kedua COVID-19 selepas pulang dari luar negara dan diarahkan menjalani kuarantin di rumah.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, meskipun mereka dikuarantin di rumah namun mereka masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
Menurutnya, ia termasuklah menjalani saringan kedua pada hari ke-13 dikuarantin.
“Pada hari ke-13, mereka mesti jalani saringan kali kedua kerana apabila kali kedua mereka didapati negatif, barulah gelang itu kita akan potong untuk tunjukkan mereka bebas dari COVID-19 tapi mereka mesti lakukan saringan.
“Kalau tidak lakukan saringan, mereka telah langgar SOP dan akan dikenakan tindakan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
"Kepada 1,400 orang yang degil ini, kita akan hantar polis untuk cari mereka,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Rabu.
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#menteri
#operasi
#polis
#rakyat
#rakyat Malaysia
#rumah
#SOP