Infografik: Sindiket Pemerdagangan Rohingya

Bernama
Jun 4, 2015 19:31 MYT
Setakat ini, lebih 60 kubur besar pelarian ditemui di beberapa lokasi di wilayah Songkhla yang bersempadan dengan Malaysia.
Pada 18 Mei lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kira-kira 300 anggota pasukan komando VAT-69 telah diarahkan untuk menggeledah hutan tebal di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand bagi mengesan aktiviti pemerdagangan manusia.
Operasi itu dilancar selepas pihak berkuasa Thailand menemukan beberapa kubur besar pendatang asing di dua kem milik sindiket pemerdagangan manusia di sekitar Padang Besar, Songkhla, pada awal bulan Mei.
Setakat ini, lebih 60 kubur besar pelarian ditemui di beberapa lokasi di wilayah Songkhla yang bersempadan dengan Malaysia.
#infografik #PDRM #pemerdagangan #Rohingya #sindiket #Thailand
;