Infografik: Pengurusan kuarters kerajaan memuaskan dengan beberapa kelemahan

Bernama
November 25, 2015 08:35 MYT
Antara masalah yang dihadapi adalah hal-hal tunggakan sewa yang melibatkan jutaan ringgit. - Gambar hiasan
LAPORAN Ketua Audit Negara bagi tahun 2014 turut merangkumi aspek pelaksanaan aktiviti kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan.
Bagi pengurusan hartanah dan pengurusan kuarters kakitangan awam, pengauditan yang dijalankan antara Januari hingga Mei 2015 adalah memuaskan.
Namun terdapat beberapa kelemahan seperti terdapat 575 unit kuarters yang selesai diselenggara namun tidak ditawarkan segera, jumlah potongan masih belum dibuat terhadap penghuni kuarters dan hal-hal tunggakan sewa melibatkan nilai lebih RM3.5 juta.
#infografik #kuarters kerajaan #pengurusan harta #pengurusan hartanah
;