INFOGRAFIK: Mohamad Ariff, Speaker Dewan Rakyat ke-9

Syazwan Jonizar
Julai 16, 2018 08:30 MYT
Mohamad Arif merupakan seorang yang mahir dalam undang-undang komersial, perbankan, sekuriti, arbitrasi, perlembagaan dan undang-undang pentadbiran. - BERNAMA/Fail
DATUK Mohamad Ariff Md Yusof menjadi pilihan Pakatan Harapan sebagai Speaker Dewan Rakyat kesembilan.
Beliau akan dicalonkan sebagai Speaker Dewan Rakyat apabila bersidangnya sesi pertama persidangan Parlimen ke-14 pada Isnin dan perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mohamad Arif merupakan seorang yang mahir dalam undang-undang komersial, perbankan, sekuriti, arbitrasi, perlembagaan dan undang-undang pentadbiran.
Berikut adalah infografik tentang diri beliau.
#Datuk Mohamad Ariff Md Yusof #Parlimen #Speaker Dewan Rakyat #Speaker Dewan Rakyat kesembilan #undang-undang
;