Infografik: Misteri 7 pelajar Orang Asli hilang di Pos Tohoi

Nur Alya Mohamed
Oktober 10, 2015 18:58 MYT
Teka teki nasib tujuh pelajar Orang Asli yang hilang di Pos Tohoi, Gua Musang sejak Ogos lalu akhirnya mendapat petunjuk, 46 hari selepas mereka dilaporkan tidak pulang ke asrama.
Pada 23 Ogos, tujuh murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang, dilaporkan hilang selepas dikatakan tidak pulang ke asrama takut dikenakan hukuman kerana mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran.
Mayat Sasa Sobrie ditemui dalam keadaan reput di Sungai Perias, 500 meter dari Pos Tohoi pada petang Rabu.
Dua kanak-kanak kemudiannya dijumpai selamat oleh pasukan pencari pada Jumaat. Mereka adalah Norieen Yaakob dan Miksudiari Aluj.
Sementara itu, satu rangka manusia ditemui dalam keadaan sempurna oleh pasukan mencari dan menyelamat berhampiran tebing Sungai Perias pada jam 11.20 pagi, Sabtu.
BACA: Kronologi: Misteri 7 pelajar Orang Asli hilang di Pos Tohoi, Gua Musang
#Gua Musang #hilang #Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan #JKOAK #Orang Asli
;