INFOGRAFIK: Jeff Bezos hilang gelaran individu terkaya dunia selepas 24 jam

Nur Alya Mohamed, Dinni Azween Zakaria
Julai 27, 2017 20:13 MYT
Jeff Bezos hanya kekal sebagai individu terkaya dunia dalam tempoh 24 jam.
JEFF Bezos hanya kekal sebagai individu terkaya dunia dalam tempoh 24 jam.
Pengasas Amazon itu berjaya merampas gelaran tersebut daripada pengasas Microsoft, Bill Gates pada Rabu 26 Julai, namun jatuh ke tempat kedua pada hari berikutnya.
Kedudukan teratas Bezos itu dipacu kenaikan saham Amazon sebanyak 1.8 peratus pada jam 9.00 malam waktu Malaysia, yang menyaksikan peningkatan nilai saham e-dagang Bezos kepada AS$90.9 billion, berbanding Gates pada AS$90.7 bilion.
Berikut ialah infografik kekayaan yang dikecapi Bezos berbanding Gates:
#Amazon #Bill Gates #individu terkaya #infografik #Jeff Bezos #Microsoft
;