Infografik: Insentif bayaran balik hutang PTPTN

Astro Awani
November 2, 2018 20:14 MYT
Beberapa insentif diperkenalkan untuk memastikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi National (PTPTN) kekal mampan. -Gambar Facebook
Untuk memastikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi National (PTPTN) kekal mampan, kerajaan akan memperkenalkan beberapa insentif dan bantuan kepada para peminjam.
Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, hari ini.
Antaranya adalah potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.
Selain itu, syarikat juga boleh mendapatkan insentif iaitu pelepasan cukai jika membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir tahun 2019.
#Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi National #PTPTN
;