[INFOGRAFIK] Imbasan kes-kes kemalangan melibatkan bas

Astro Awani
Disember 26, 2016 12:27 MYT
Insiden kemalangan bas menghantui pengguna pengangkutan awam dan keseluruhan pengguna jalan raya di negara ini. - Gambar fail
NEGARA ini sudah beberapa kali dikejutkan dengan insiden kemalangan jalan raya yang melibatkan bas, dan perkara yang lebih menyedihkan adalah apabila insiden berkenaan melibatkan korban nyawa.
Terbaru adalah nahas pada 3.40 pagi Sabtu lalu, yang terjadi di KM137.3 Lebuh Raya Utara-Selatan di Kampung Jayor, Muar, dan meragut nyawa 14 orang selain turut menyebabkan 16 penumpang lain cedera.
Mengelakkan perjalanan lewat malam, memasang sistem kawalan kelajuan, menggalakkan penggunaan tali pinggang keledar dan menyediakan pemandu kedua sebagai gantian untuk perjalanan jauh - semua itu anytara cadangan yang telah diketengahkan sebelum ini namun kita semua kecewa apabila ia berlaku berulang kal.
Bukan hendak mempertikaikan soal takdir, namun setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sudut kelemahan dari aspek manusia yang sebenarnya boleh kita ambil iktibar dan perbaiki.
Infografik berikut adalah beberapa kes seumpamanya yang pernah berlaku di negara ini:
#imabasan kes kemalangan bas #kemalangan bas
;