Infografik: Fasa kedua Sg Buloh-Kajang MRT
Astro Awani
Julai 12, 2017 19:33 MYT
Julai 12, 2017 19:33 MYT
INFOGRAFIK berikut menunjukkan fasa kedua laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) melibatkan laluan Semantan-Kajang sepanjang 51 kilometer.
Ia bakal melalui kawasan berpopulasi tinggi seperti Kajang dan Cheras serta destinasi popular pelancong seperti Muzium Negara dan Pasar Seni, selain kawasan strategik dan berpopulasi tinggi antaranya seperti Cochrane, Taman Pertama, Taman Midah, Taman Connaught, Taman Mutiara, Sri Raya dan Bandar Tun Hussein Onn.
Difahamkan, stesen-stesen berkenaan juga dibina bagi mengintegrasikan dengan stesen Komuter, Transit Aliran Ringan (LRT) dan stesen Monorel bagi meningkatkan kemudahan kesalinghubungan perjalanan untuk pengguna
Projek ini adalah lanjutan fasa pertama, iaitu melibatkan laluan Sungai Buloh-Semantan yang telahpun beroperasi pada Disember lalu.