INFOGRAFIK: Apa itu Listeriosis?

Nur Alya Mohamed
Januari 21, 2015 16:02 MYT
Kementerian Kesihatan telah menyita sebanyak 19,960 biji epal jenis Gala kerana dikhuatiri dicemari bakteria "Listeria monocytegenes".
Pada 18 Januari lalu, Kementerian Kesihatan telah menyita sebanyak 19,960 biji epal jenis Gala dan Granny Smith bernilai RM82,000 di Kuching dan Sibu, Sarawak.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata epal keluaran syarikat Bidart Brothers, dari Bakersfield, Amerika Syarikat itu dikhuatiri dicemari bakteria "Listeria monocytegenes."
Kementerian Kesihatan juga mengarahkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian itu untuk membuat pemeriksaan dan mengambil sampel semua buah epal yang diimport bagi menjalani ujian mengesan bakteria Listeriosis.
Berikut adalah infografik yang menjelaskan tentang apa itu bakteria Listeriosis, punca, sistem dan kesannya.
#epal #infografik #Kementerian Kesihatan #listeriosis