Inflasi Ogos 2022 cecah 4.7%, inflasi makanan naik 7.2%

Astro Awani
September 23, 2022 12:15 MYT
Inflasi makanan dan minuman bukan alkohol meningkat kepada 7.2 peratus berbanding 6.9 peratus pada bulan Julai lalu. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kadar inflasi Malaysia pada bulan Ogos 2022 meningkat sebanyak 4.7 peratus berbanding 4.4 peratus pada Julai lalu.
Inflasi makanan dan minuman bukan alkohol meningkat kepada 7.2 peratus berbanding 6.9 peratus pada bulan Julai lalu.
Ia sekali gus menjadi penyumbang utama kepada peningkatan inflasi keseluruhan pada bulan Ogos.
Sementara itu, inflasi bagi tempoh Januari hingga Ogos 2022 meningkat 3.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Ini didorong oleh permintaan yang lebih kukuh, harga komoditi yang masih berada pada tahap yang tinggi dan gangguan dalam rantaian bekalan global.
Turut meningkat adalah kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain yang meningkat 4.1 peratus, serta kumpulan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah, 4.3 peratus.
Dalam pada itu, kumpulan restoran dan hotel meningkat kepada 6.4 peratus dan pengangkutan naik kepada 5.2 peratus.
#Inflasi #Indeks Harga Pengguna #harga makanan #harga komoditi
;