GENTING HIGHLANDS: Perkembangan pesat industri taman tema dan pusat hiburan keluarga akan menjadi hab penting kepada pelancongan Malaysia kata Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan.
Beliau berkata kerjasama dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) dan Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA) akan mengembangkan lagi industri itu dan menarik lebih ramai pelancong dan pelabur.
"Industri ini semestinya menjadi hab utama untuk produk kita kerana paling penting setiap negara memerlukan produk baharu dan inovatif supaya pelancong dapat melihat Malaysia menghidangkan pelbagai produk yang sentiasa bertukar dari tahun ke tahun," katanya.
Khairul Firdaus berkata demikian kepada media selepas merasmikan anugerah berprestij MATFA Golden Horses Award 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, malam tadi.
Sementara itu, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Dr Ammar Abd Ghapa berkata taman tema antara tarikan utama di pasaran antarabangsa seperti India, China, Filipina dan Australia.
"Ini merupakan satu daripada contoh kepelbagaian taman tema seperti dalaman, luar, alam semula jadi dan ekopelancongan, ini dapat menarik minat lebih ramai pelancong untuk datang ke Malaysia kerana pilihan yang diberikan," katanya.
Beliau juga berkata Tourism Malaysia akan memanfaatkan industri taman tema dan pusat hiburan keluarga sebagai satu daripada promosi mereka kepada pelancong untuk melawat Malaysia.
Anugerah Golden Horse Awards MATFA diwujudkan untuk menggalakkan kecemerlangan dan merangsang persaingan positif, mempamerkan pencapaian yang dicapai oleh ahli perniagaan yang cemerlang atas peranan dan sumbangan mereka kepada ekonomi Malaysia.
Ia juga untuk mengiktiraf perniagaan dalam industri taman tema dan pusat hiburan keluarga dan sumbangan mereka kepada ekonomi Malaysia.
Sebanyak 48 anugerah di bawah 15 kategori ditawarkan sebagai tanda pengiktirafan dan penanda aras prestasi teladan bagi industri taman tema dan pusat hiburan keluarga dalam kalangan usahawan tempatan dan serantau.
Taman Tema Genting Skyworld merangkul beberapa anugerah dalam kategori seperti anugerah taman tema tahun ini dan pengalaman festival terbaik, manakala SplashMania Waterpark Gamuda Cove yang baru dibuka juga berjaya merangkul beberapa anugerah seperti anugerah taman air tahun ini dan anugerah tarikan air baru terbaik.
Selain itu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Genting Group Tan Sri Lim Kok Thay menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat dalam kategori individu sebagai simbol penghargaan atas sumbangan beliau kepada industri, ekonomi dan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2023

Khairul Firdaus berkata kerjasama dengan Tourism Malaysia dan Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA) akan mengembangkan lagi industri itu. - Foto Bernama
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Tiada rancangan bina taman tema di Cameron Highlands - MB
Isu pembinaan taman tema di Cameron Highlands tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Pemilik restoran buat laporan polis dakwa gelang merah jambu dari taman tema
Satu laporan polis dibuat oleh pemilik sebuah restoran yang dikaitkan dengan penularan gambar seorang wanita memakai gelang berwarna merah jambu di Ipoh.

Enam remaja tercampak keluar dari permainan taman tema, seorang patah kaki
Remaja yang tercampak dari permainan tersebut mengalami kecederaan dan telah digegaskan ke hospital di wilayah Lopburi.

Kerajaan P.Pinang didesak beri maklumat tepat penutupan WWW - Pemuda Gerakan
Pemuda Gerakan Pulau Pinang mendesak kerajaan negeri dan Taman Tema Wet World Wide memberi maklumat tepat dalam isu penutupan taman tema itu.
Taman Legoland pertama di Asia dibuka
Taman Legoland pertama di Asia yang terletak di tengah-tengah wilayah ekonomi Iskandar Malaysia dibuka kepada orang ramai 15 September.