PUTRAJAYA: Perkembangan dan pembangunan industri perabot hijau berpotensi menjadikan industri itu sebagai 'the next trillion dollar business', kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata industri perabot hijau dapat meningkatkan industri perabot di Malaysia selain menyumbang kepada peningkatan ekonomi hijau di negara ini.
Beliau berkata pembuatan perabot hijau yang menggunakan bahan semula jadi tidak mengandungi bahan berbahaya dan tidak melepaskan gas berbahaya, berupaya mengurangkan pencemaran alam sekitar.
"Ini kerana penggunaan perabot merupakan keperluan pada masa kini. Ia boleh menjadi punca pencemaran kepada alam sekitar jika tidak diurus dengan sempurna.
"Saya menyarankan dalam membangunkan (industri) perabot hijau, perkara itu perlulah dilihat secara holistik kerana setiap ekosistem penghasilan perabot menyumbang kepada penghasilan jejak karbon," katanya ketika berucap pada majlis makan malam Simposium Perabot Hijau Kebangsaan 2023 di sini, semalam.
Turut hadir Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Dr Ismail Parlan.
Fadillah berkata usaha FRIM mengiktiraf syarikat di Malaysia dengan pengiktirafan perabot hijau di bawah Skim Pensijilan Perabot Hijau FRIM mampu membawa impak positif kepada syarikat yang terbabit dalam industri perabot hijau.
Ini kerana usaha itu mampu meningkatkan kredibiliti dan daya saing syarikat seterusnya membantunya memasarkan produk perabot hijau di pasaran domestik dan antarabangsa, katanya.
Beliau berkata eksport perabot kayu adalah penyumbang utama kepada keseluruhan eksport industri perkayuan negara, dengan mencatatkan nilai eksport sebanyak RM11.1 bilion daripada keseluruhan eksport industri perkayuan negara iaitu RM25.2 bilion pada tahun lepas.
"Produk perabot kayu negara mempunyai kualiti pembuatan yang tinggi dan rekaan menepati kehendak serta citarasa pengguna di peringkat global. Satu anjakan baharu diperlukan dalam segmen pembuatan perabot kayu untuk tingkatkan nilai eksport dalam pasaran," katanya.
Simposium Perabot Hijau Kebangsaan 2023 bertemakan 'Melestarikan Industri Ke Arah Ekonomi Kitaran' anjuran FRIM dengan kerjasama pihak Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) disertai lebih 200 peserta terdiri daripada wakil agensi kerajaan, peserta industri dan pegawai penyelidik dalam bidang industri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023
Fadillah melihat kualiti perabot semasa melawat reruai pameran perabot hijau semasa majlis Makan Malam Simposium Perabot Hijau Kebangsaan 2023 di Putrajaya, 21 Nov 2023. Turut kelihatan, Nik Nazmi (tiga, kanan). --fotoBERNAMA
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Zakat, wakaf berperanan besar pastikan pembangunan ekonomi mampan - TPM Fadillah
Kerajaan melihat sektor ketiga dalam kewangan Islam seperti institusi zakat, wakaf dan infak berperanan besar dalam memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan saksama di negara ini.
Kerjasama serantau amat penting bagi membuka potensi penuh tenaga ASEAN - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri akan menekankan pentingnya kerjasama serantau untuk membuka potensi tenaga ASEAN di Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-42.
PETRA komited transformasi sektor air sebagai hab dinamik ekonomi negara
PETRA memperkasakan tadbir urus air di semua peringkat untuk menjadikan bekalan air Malaysia sebagai hab dinamik yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi.
Banjir Kedah: Kerajaan jamin pegawai bertanggungjawab akan pantau lebih teliti - TPM Fadillah
Kerajaan akan beri tumpuan pada bantuan kepada mangsa-mangsa banjir serta merangka pelan jangka panjang untuk mengurangkan risiko banjir pada masa depan.
Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah
Pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.
Belanjawan 2025: Kerajaan fokus strategi stabilkan inflasi - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memfokus kepada beberapa strategi dalam menstabilkan inflasi sekali gus menangani cabaran kenaikan kos sara hidup rakyat dalam Belanjawan 2025.
Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.
Fadillah dedah draf sebenar MoU peruntukan pembangkang
Timbalan Perdana Menteri tampil mendedahkan dua draf sebenar dokumen penyaluran peruntukan pembangkang yang masih menjadi kontroversi.
TPM, jemaah menteri ucap Selamat Hari Malaysia
Seluruh rakyat Malaysia diajak untuk terus menjaga hubungan baik antara kaum, memperkukuhkan perpaduan dan menanam semangat patriotik dalam jiwa setiap generasi muda.