Indonesia catat jangkitan import tertinggi di Malaysia, ini lima tumpuan kenyataan media KP Kesihatan

Fareez Azman
Ogos 28, 2020 17:22 MYT
Jangkitan import tertinggi ialah dari Indonesia iaitu sebanyak 295 kes diikuti Mesir (93 kes) dan Singapura (70 kes).
Sebanyak 10 kes baharu positif COVID-19 dikesan sehingga pukul 12 tengah hari Jumaat menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebagai 9,306 kes.
Ini lima tumpuan utama dalam kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan:
1) 10 kes baharu melibatkan lapan kes jangkitan luar negara dan dua jangkitan tempatan.
2) 36 kes pulih dilaporkan dengan jumlah kes pulih sepenuhnya sebanyak 9,030 kes bersamaan 97.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
3) 904 daripada 106,793 individu memasuki pintu masuk antarabangsa (PMA) positif COVID-19
4) Jangkitan import tertinggi ialah dari Indonesia iaitu sebanyak 295 kes (32.6 peratus), diikuti dengan negara Mesir 93 kes (10.3 peratus) dan Singapura 70 kes (7.7 peratus)
5) Lapan kes positif ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan enam daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
BACA: Pengembara dari Indonesia tiba di Malaysia catat kes positif tertinggi COVID-19
#ICU #Indonesia #Kementerian Kesihatan #Ketua Pengarah Kesihatan #KKM #koronavirus #Mesir #Singapura #Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
;