Indonesia catat 1,821 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam

Bernama
Ogos 17, 2020 10:08 MYT
Dalam tempoh 24 jam lalu juga, sebanyak 57 lagi kematian dilaporkan di Indonesia menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 6,207 orang. - Gambar REUTERS
Kes positif COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 141,370 kes, manakala 78,659 pesakit lagi masih dalam pemantauan virus itu.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 1,821 kes baharu disahkan di republik itu dalam tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari ini.
Bagi tempoh itu juga, sebanyak 57 lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 6,207 orang.
Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 29,952 kes, diikuti Jawa Timur (28,239) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,037 orang, diikuti Jakarta (995), Jawa Tengah (791), Sulawesi Selatan (346) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
- BERNAMA
#COVID19 #Indonesia #Jakarta #Jawa Tengah #Jawa Timur #Sulawesi Selatan