Individu tidak sihat disaran tangguh perjalanan balik kampung - Pakar Kesihatan

Faida Rahim
April 21, 2023 17:28 MYT
DR MALINA: Bagi individu yang menghidap penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis, pastikan anda mempunyai bekalan ubat yang mencukupi sebelum pulang ke kampung. -Astro AWANI
INDIVIDU tidak sihat, terutama pesakit COVID-19, yang ingin pulang beraya di kampung dinasihat untuk menangguhkan dahulu perjalanan buat sementara waktu bagi mengelak jangkitan dalam kalangan ahli keluarga.
Pakar Kesihatan Awam Prof Madya Dr Malina Osman bercakap kepada Astro AWANI, individu yang tidak sihat juga dinasihatkan untuk tidak berada terlalu dekat dengan golongan rentan ketika melakukan aktiviti ziarah.
Berikut lima tip untuk individu yang tidak sihat dan ingin pulang beraya ke kampung:
1) Tangguh perjalanan
Tangguhkan perjalanan ke kampung jika anda tidak sihat bagi mengelak penyebaran jangkitan dalam kalangan ahli keluarga.
2) Elak berada dekat dengan golongan rentan
Ketika melakukan aktiviti ziarah, elakkan berada dekat dengan golongan rentan seperti orang tua, kanak-kanak dan pesakit kronik.
3) Ujian saringan dan pemakaian penutup muka
Jika anda bergejala atau tidak sihat, lakukan ujian saringan sebelum pulang ke kampung dan pastikan memakai penutup muka ketika berada di tempat awam.
4) Bekalan ubat mencukupi
Bagi individu yang menghidap penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis, pastikan anda mempunyai bekalan ubat yang mencukupi sebelum pulang ke kampung.
5) Amalkan pemakanan seimbang
Amalkan pemakanan yang seimbang dan elakkan makanan yang terlalu berlemak atau bergula secara berlebihan sepanjang perayaan untuk menjaga kesihatan.
#COVID-19 #ujian saringan #Prof Madya Dr Malina Osman #Aidilfitri
;