Individu pulang dari Sabah tidak perlu jalani kuarantin, ini lima perkara penting sidang media PKPP

Isabelle Leong
September 22, 2020 15:24 MYT
ISMAIL SABRI: Individu yang pulang dari Sabah tidak perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari. - fotoBERNAMA
Kerajaan memutuskan bahawa individu yang pulang dari Sabah tidak perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Ismail Sabri pada Selasa (22 September 2020):
1) Polis Diraja Malaysia telah menahan 136 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
2) Aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal mencatatkan jumlah ditahan paling tinggi dengan 43, diikuti individu yang tidak memakai pelitup muka (26) dan tangkapan pendatang izin tanpa izin (22).
3) Individu yang pulang dari Sabah tidak perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.
4) Berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, individu yang disahkan positif COVID-19 dan sedang dirawat di hospital, mereka tidak dibenarkan keluar mengundi.
5) Mesyuarat Khas juga bersetuju untuk membenarkan premis sukan beroperasi sehingga jam 2 pagi.
#COVID-19 #ismail sabri yaakob #kuarantin wajib #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #Pilihan Raya Negeri Sabah #PKPP #premis sukan #PRN #Sabah
;