Individu ingkar SOP meningkat, ini 5 tumpuan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan

Astro Awani
Mac 22, 2021 18:29 MYT
Jumlah individu yang ditahan kerana ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat kepada 181 orang berbanding 100 orang pada hari sebelumnya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah individu yang ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat kepada 181 orang berbanding 100 orang pada hari sebelumnya.
Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini:
1. 181 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
2. Operasi Benteng menahan 59 pendatang asing tanpa izin (PATI), merampas empat bot/kapal serta lima kenderaan darat.
3. 19,251 operasi sanitasi yang merangkumi 150 zon telah dilakukan sejak 30 Mac 2020.
4, Sejak 24 Julai 2020, 151,300 individu pulang ke tanah air dan ditempatkan di 79 hotel, 11 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta
5. 640,997 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19, melibatkan 33,205 majikan di seluruh negara.
#SOP #perintah kawalan pergerakan #PKP #COVID-19 #listicle #Menteri Kanan Pertahana #ismail sabri yaakob
;