Individu ditemukan rentung dalam kereta

Bernama
April 18, 2022 01:50 MYT
Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang individu yang identitinya masih belum dikenal pasti ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Kampung Taman Jaya, Bahau, Jempol dekat sini awal pagi ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bahau Muhamad Rasul Hashim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.03 pagi sebelum tujuh anggota termasuk pegawai dari BBP Bahau ke lokasi kejadian.
"Sebuah kereta jenis Proton Wira Sedan didapati terbakar 100 peratus dan terdapat seorang individu di dalamnya rentung di bahagian tempat duduk pemandu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
#rentung #kereta #terbakar #mangsa