Individu bawah 45 tahun lebih banyak diisytiharkan muflis sejak 2005
Bernama
Disember 17, 2013 19:38 MYT
Disember 17, 2013 19:38 MYT
Sebanyak 68,299 orang yang diisytiharkan muflis sejak 2005 hingga 2012 adalah individu berusia di bawah 45 tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata mereka adalah antara 129,640 orang yang bankrap dalam tempoh tujuh tahun itu.
Berikutan itu, katanya, kerajaan menerusi Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) mengatur pelbagai program untuk mendidik golongan belia daripada menjadi muflis.
"Pelbagai program untuk mewujudkan kesedaran masyarakat tentang insolvensi sedang dibuat.
"Promosi melalui media elektronik telah dibuat melalui treler insolvensi serta rancangan bual bicara dalam radio dan televisiyen termasuk radio pihak universiti," katanya dalam jawapan bertulis kepada Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin di Dewan Negara.
Sejak Januari 2012 hingga Oktober 2013, MDL telah melaksanakan lebih 120 program melibatkan belia.