Indeks Kebebasan Akhbar 2022: PM jamin aspek kebebasan dan media terbuka

Irfan Faruqi
Mei 1, 2023 14:25 MYT
Anwar bergambar bersama pengamal media yang membuat liputan pada perutusan khas sempena perayaan Aidilfitri 2023 di Bangunan Perdana Putra pada 18 April lalu. -foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beri jaminan bahawa aspek kebebasan dan keterbukaan media di negara ini adalah terjamin.
BACA: Indeks Kebebasan Akhbar 2022: Malaysia di kedudukan tertinggi negara ASEAN
"Kerajaan Perpaduan amat komited dalam menjamin aspek kebebasan dan media yang terbuka selain memastikan proses semak dan imbang terus subur dan berfungsi dengan baik," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi ciapan di Twitter hari ini, mengulas kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (RSF).
Pada Isnin, Malaysia dilaporkan naik enam anak tangga kepada kedudukan 113 berbanding 119 sebelum ini dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2022 yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders.
Kedudukan Malaysia di 113 daripada 180 dengan skor 51.55 dan merupakan yang tertinggi dalam kalangan negara ASEAN.
Malaysia mendahului Thailand (115), Indonesia (117), Singapura (139), Kemboja (142), Brunei (144), Filipina (147), Laos (161), Vietnam (174) dan Myanmar (176).

Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 oleh Reporters Without Borders (RSF) menunjukkan Malaysia kini menduduki tempat ke-113 ketimbang sebelumnya pada kedudukan ke-119 dan menduduki kedudukan yang tertinggi antara kalangan negara tetangga di ASEAN.#MalaysiaMADANI https://t.co/Acg9Dg8hmy

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) May 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Anwar Ibrahim #Kerajaan Perpaduan #Indek Kebebasan Akhbar Dunia 2023
;