KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia menunjukkan peningkatan 2.9 peratus tahun ke tahun kepada 123.7 pada Oktober 2021 berbanding 120.2 pada bulan yang sama 2020.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), IHP, kaedah yang digunakan untuk mengukur inflasi, meningkat berikutan kenaikan harga petrol dan penamatan diskaun elektrik pada September 2021.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata kenaikan ini disebabkan terutama oleh peningkatan dua digit, 11.3 peratus dalam kumpulan pengangkutan.
"Selaras dengan kenaikan harga minyak global, harga purata RON97 juga meningkat kepada RM2.84 daripada RM1.97 pada Oktober 2020.
"Pada masa yang sama, indeks bagi perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain meningkat 3.2 peratus dengan kenaikan tertinggi dicatatkan oleh subkumpulan elektrik, gas dan bahan api lain (27.6 peratus)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Ia bagi mengulas mengenai IHP Malaysia Oktober 2021 berdasarkan pungutan harga pengguna yang dilaksanakan secara bulanan bagi barangan dan perkhidmatan, yang dikeluarkan DOSM.
Beliau berkata indeks hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (2.1 peratus) serta makanan dan minuman bukan alkohol (1.9 peratus) juga menyumbang kepada kenaikan inflasi keseluruhan.
Kumpulan lain, restoran dan hotel; minuman alkohol dan tembakau; perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan; dan kesihatan merekodkan peningkatan marginal antara 0.2 peratus dengan 0.6 peratus, katanya.
"Komunikasi kekal tidak berubah manakala pakaian dan kasut serta pelbagai barangan dan perkhidmatan masing-masing menurun 0.4 peratus dan 0.2 peratus. Pendidikan juga merekodkan penurunan marginal 0.1 peratus berbanding tahun sebelumnya," katanya.
Mohd Uzir berkata secara keseluruhan, kesemua negeri telah mencatatkan peningkatan IHP pada Oktober 2021 dengan sembilan negeri iaitu Terengganu (3.9 peratus), Pahang (3.7 peratus), Kelantan (3.6 peratus), Perak (3.4 peratus), Negeri Sembilan (3.2 peratus), Kedah dan Perlis (3.2 peratus), Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (3.1 peratus), Johor (3.1 peratus) dan Melaka (3.1 peratus) menunjukkan peningkatan melepasi paras IHP nasional 2.9 peratus pada Oktober 2021 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.
"Kesemua negeri mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol. Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.7 peratus), diikuti oleh Terengganu (2.6 peratus), Pahang (2.5 peratus), Kelantan (2.4 peratus), Perak (2.4 peratus), Johor (2.2 peratus), Melaka (2.0 peratus) dan Negeri Sembilan (1.9 peratus," katanya.
Beliau berkata sementara itu, negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah paras indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol nasional iaitu 1.9 peratus pada Oktober 2021.
Bagi perbandingan bulanan, IHP meningkat 0.7 peratus berbanding September 2021 susulan kenaikan dalam perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (2.5 peratus) serta hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (0.4 peratus), katanya.
Beliau berkata pelbagai barangan dan perkhidmatan serta restoran dan hotel merekodkan peningkatan marginal 0.3 peratus.
"Kenaikan ini adalah kesan daripada penamatan diskaun bil elektrik bulanan yang diberikan kepada pengguna domestik di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) untuk tempoh tiga bulan yang berakhir pada 30 Sept, 2021," katanya.
Mohd Uzir berkata IHP bagi tempoh Januari hingga Oktober 2021 menunjukkan peningkatan 2.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Selain itu, beliau berkata indeks teras meningkat 0.7 peratus pada Oktober 2021 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
Antara kumpulan utama yang bertindak sebagai pendorong kepada kenaikan ini adalah kumpulan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah rumah (2.1 peratus); makanan dan minuman bukan alkohol (1.2 peratus); pengangkutan (1.1 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (0.6 peratus); restoran dan hotel (0.6 peratus); kesihatan (0.2 peratus) dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (0.2 peratus), katanya.
"Indeks teras meliputi semua barang dan perkhidmatan kecuali item makanan segar yang mempunyai harga tidak menentu serta harga yang dikawal," katanya.
Sementara itu, IHP tanpa bahan api meningkat 1.5 peratus pada Oktober 2021 kepada 114.3 berbanding 112.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
IHP tanpa bahan api adalah meliputi semua barang dan perkhidmatan kecuali petrol tanpa plumbum RON95, petrol tanpa plumbum RON97 dan diesel.
Mohd Uzir berkata inflasi pada bulan seterusnya juga akan dipengaruhi oleh faktor luaran seperti kenaikan kedua-dua harga minyak dunia dan harga makanan.
Tambahan pula, pembukaan perjalanan rentas negeri dijangka memberi kesan bagi beberapa kumpulan berkaitan pelancongan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021

Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata kenaikan ini disebabkan terutama oleh peningkatan dua digit, 11.3 peratus dalam kumpulan pengangkutan. - Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

5 risiko inflasi Malaysia 2025 yang anda perlu tahu
Beberapa faktor utama boleh mempengaruhi pergerakan inflasi, terutamanya dalam konteks rasionalisasi subsidi dan tekanan permintaan.

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.

Bursa Malaysia akhiri peningkatan sesi awal untuk ditutup rendah
Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.75 mata kepada 1,594.34 daripada 1,585.59 ketika ditutup pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati.

Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.50 mata kepada 1,630.96 daripada 1,629.46 pada Jumaat lepas.

Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)

Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.

Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.4250/4315 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4300 semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.