Indeks Harga Pengeluar susut kepada 7.6 peratus pada Julai 2022 - Jabatan Perangkaan

Bernama
Ogos 29, 2022 08:53 MYT
Berdasarkan infografik Jabatan Perangkaan Malaysia yang dikeluarkan hari ini, IHPR pada Julai 2022 disumbangkan oleh indeks pembuatan pada 9.9 peratus berbanding 10.0 peratus pada Jun 2022.
KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) bagi pengeluaran tempatan, yang mengukur kos barangan pada harga produk di kilang, susut kepada 7.6 peratus tahun ke tahun pada Julai 2022 berbanding 10.9 peratus tahun ke tahun pada Jun 2022, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Berdasarkan infografik Jabatan Perangkaan Malaysia yang dikeluarkan hari ini, IHPR pada Julai 2022 disumbangkan oleh indeks pembuatan pada 9.9 peratus berbanding 10.0 peratus pada Jun 2022.
Ini dikuti oleh indeks perlombongan yang meningkat 9.0 peratus (Jun 17.5 pada Jun 2022), pertanian, perhutanan dan perikanan merekodkan penurunan negatif 10.3 peratus berbanding (8.1 peratus: 18.1 peratus).
Bagaimanapun, pada bulan lepas IHPR bagi indeks bekalan air dan elektrik serta gas masing-masing mencatatkan kenaikan 2.1 peratus dan 0.9 peratus.
Selain itu, indeks pembuatan meningkat 0.2 peratus (Jun 2022: 0.7 peratus), sementara indeks utiliti, indeks bekalan elektrik dan gas naik 0.9 peratus, manakala indeks bekalan air turun 0.3 peratus.
"Bag IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan, indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya meningkat 1.1 peratus (Jun 2022: 16.9 peratus), dikuti indeks bahan perantaraan, bekalan dan komponen (12.5 peratus) dan indeks barang siap (2.4 peratus)," kata jabatan itu.
"Pada asas bulanan, indeks bahan mentah bagi pemprosesan selanjutnya turun sebanyak 11.5 peratus manakala indeks bahan perantaraan, bekalan dan komponen meningkat 0.2 peratus dan indeks barang siap kekal tidak berubah seperti pada bulan sebelumnya," katanya.

Inflasi Malaysia meningkat

#Indesk Harga Pengeluar #IHPR #Jabatan Perangkaan Malaysia #susut