Impak negatif COVID-19: Pelajar ketinggalan, 'lost generation'?

Astro Awani
Jun 2, 2020 21:30 MYT
Sudah hampir tiga bulan, pelajar duduk di rumah. Mereka tidak mendapat pendidikan formal dan kehilangan masa yang cukup berharga untuk menimba ilmu pengetahuan. - Gambar hiasan
PELAJAR sekolah dan juga institut pengajian tinggi tidak dibenarkan menghadiri kelas sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020.
Mereka dinasihatkan berada di rumah dan meneruskan pembelajaran dalam talian.
Namun timbul kegusaran dalam kalangan pelajar dan juga ibu bapa, adakah pembelajaran dalam talian memberi kesan yang sama seperti pembelajaran formal di dalam kelas?
Mengapa sekolah, IPT perlu dibuka kembali?
Krisis Covid-19 tidak akan berakhir sehinggalah penemuan vaksin di mana jangkaan awal senario ini hanya akan berlaku sekitar tahun hadapan. Adakah pelajar perlu meneruskan pembelajaran dalam talian walhal pelbagai isu timbul akibat pembelajaran tidak formal ini iaitu;
  • Pelajar yang tiada peranti
  • Kesukaran guru dan ibu bapa memantau prestasi pelajar
  • Tiada proses pembelajaran dua hala sebaliknya hanya membuat kerja rumah
  • Pada saat sektor perkhidmatan keperluan asas terus beroperasi serta sektor-sektor ekonomi lain mula dibuka semula bagi memulihkan kembali kedudukan ekonomi negara, tidakkah sektor pendidikan juga perlu diberi keutamaan yang sewajarnya?
    Apa prasyarat sekolah & IPT dibuka semula?
    Menurut Pakar Epidemiologi dan juga Presiden Konsortium Akademik Kesihatan Awam Asia-Pasifik Kuala Lumpur, Datuk Profesor Awang Bulgiba Awang Mahmud; ada dua perkara utama perlu diteliti sebelum sekolah dan IPT dibuka semula iaitu;
  • persediaan rapi SOP normal baharu
  • Dengan melihat contoh beberapa negara yang sudah mula membuka kembali sekolah seperti di Perancis, Norway dan Denmark, mereka melaksanakan penjarakan sosial dengan berkesan, merekodkan suhu dan menghalang pelajar yang bergejala untuk hadir ke sekolah sama sekali.
    Negara-negara ini mempunyai kelebihan apabila sumber mereka agak kukuh dari segi kewangan, kakitangan sokongan, guru serta jumlah kelas yang kecil berbanding saiz kelas sekolah awam di negara kita.
    Bagaimana ini dapat dilaksana di negara kita?
    Perancangan rapi serta sumber tenaga kerja dan sumber kewangan yang mencukupi.
  • Sanitasi kawasan dan perkakasan sekolah perlu dilakukan dengan kerap. Ini memerlukan dana yang cukup dari kerajaan untuk membolehkan pihak sekolah dan IPT memberi tender kepada kontraktor kecil yang diberi tanggungjawab menjalankan proses nyahkuman di kawasan sekolah dan IPT.
  • Bas sekolah juga perlu menambah bilangan perjalanan berulang alik menghantar pelajar supaya penjarakan sosial dapat dipraktikkan.
  • Sekolah berasrama penuh serta IPT juga perlu membangunkan SOP sendiri berdasarkan saranan tersebut.
  • Kalau laksana sistem penggiliran, apa nasib pelajar lain?
  • Tiada peranti? Peranti diberi pinjaman oleh pihak sekolah atau IPT. PTPTN juga boleh memberi sokongan pinjaman kewangan jika pelajar perlu membeli peranti bagi tujuan tersebut.
  • Waktu pembelajaran dalam talian perlu mengikut jadual, diberi penekanan dan pemantauan berterusan dari pihak tenaga pengajar.
  • Tenaga pengajar tiada pengalaman menjalankan pembelajaran dalam talian? Kursus, kursus, kursus. Guru dan pensyarah IPT juga perlu diberi sokongan, gunakan masa yang ada sekarang untuk menambah kepakaran dalam bidang tersebut. Ini masa untuk mengubah paradigma menerima normal baharu. Tenaga pengajar perlu bersedia kemungkinan pembelajaran dalam talian diubah menjadi cara pembelajaran utama di masa akan datang.
  • Sudah hampir tiga bulan, pelajar duduk di rumah. Mereka tidak mendapat pendidikan formal dan kehilangan masa yang cukup berharga untuk menimba ilmu pengetahuan. ‘Restart’ belum tentu boleh ‘catch up’.
    Malah sekiranya ia dibiarkan tanpa diberi perhatian sewajarnya, kita mungkin berhadapan isu ‘lost generation’, impak terburuk akibat krisis COVID-19 yang perlu kita elakkan sama sekali.
    #Institusi Pengajian Tinggi #IPT #perintah kawalan pergerakan #PKP #sekolah
    ;