Jabatan Imigresen Malaysia bersedia menggalas tanggunjawab mengendalikan pengoperasian apabila pintu sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Padang Besar, Perlis, dibuka 24 jam.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata kemampuan anggota jabatan itu untuk sama-sama mengawal di pintu sempadan tidak perlu dipertikaikan meskipun bakal berdepan dengan kekangan anggota penguat kuasa.
Katanya, ketika ini, terdapat tiga syif bekerja dengan jumlah minimum 31 anggota bertugas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.
Berikutan persetujuan kerajaan bahawa kedua-dua pintu sempadan itu dibuka 24 jam, katanya, pihaknya memerlukan tambahan satu syif berikutan masa operasi pintu sempadan dilanjutkan.
"Kita mungkin terpaksa mengambil pelbagai inisiatif untuk memastikan tiada kekangan anggota bertugas seperti melakukan sistem penggiliran tempat bekerja," katanya selepas mengetuai Ops Ikrar dan Ops Sapu di sini, awal hari ini.
Mustafar berkata, bagi mengelak ketirisan di pintu sempadan, pihaknya turut mengambil dua pendekatan iaitu beberapa penambahbaikan seperti aspek kawalan yang membabitkan bangunan CIQ itu sendiri dan pos kawalan.
"Dalam usaha memastikan keselamatan di pintu sempadan, koordinasi penyelarasan dengan agensi penguatkuasaan lain seperti Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), tentera dan polis juga penting.
"Dengan adanya kerjasama antara agensi ini, secara tidak langsung dapat mengelak ketirisan berlaku termasuk di lorong tikus atau lorong gajah," katanya.
Sementara itu, seramai 85 pendatang asing pelbagai warga negara ditahan dalam operasi pukul 2 pagi itu di rumah kongsi di dua tapak pembinaan di Kubang Pasu dan Kepala Batas.
Pekerja asing yang ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen termasuk permit kerja tamat tempoh itu adalah terdiri daripada warganegara Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Pakistan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2017
MUSTAFAR: Ambil pelbagai inisiatif untuk memastikan tiada kekangan anggota bertugas.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Kehadiran kenderaan asing di stesen minyak di sempadan negara berkurang
Kehadiran kenderaan asing mengisi diesel di stesen minyak berhampiran pintu sempadan negara di Bukit Kayu Hitam dilihat berkurang dengan ketara sejak penyasaran semula subsidi.
Kastam Kedah arah kontena Israel berpatah balik ke Thailand
Jabatan Kastam Negeri Kedah mengarahkan sebuah lori kontena Israel yang tiba di Bukit Kayu Hitam pada Khamis untuk berpatah balik ke Thailand.
Sindiket seludup diesel akibatkan ketirisan RM1.2 juta sehari di Bukit Kayu Hitam
Kenderaan sindiket ini yang membawa diesel disembunyikan di dalam tangki tambahan, dikesan berulang alik kira-kira lima kali sehari ke Thailand.
Kes tembakan KLIA: JIM Kedah bantu kesan suspek, kawalan ICQS dipertingkat
Jabatan Imigresen Kedah mempertingkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengesan lelaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA.
Maqis Kedah rampas lebih 27,000 kilogram ayam sejuk beku
Maqis merampas 27,564 kilogram keratan ayam sejuk beku di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam.
KPDN rampas 13,300 liter diesel bersubsidi di Kedah
KPDN merampas 13,300 liter minyak diesel bersubsidi dalam dua serbuan Ops Tiris 3.0 di Changlun dan Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Jalan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-Sadao direalisasi dalam masa terdekat
Inisiatif jalan baharu yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam ke ICQS Sadao, Thailand dekat sini dijangka direalisasikan dalam masa terdekat.
Ubah suai tangki treler, cuba seludup diesel ke negara jiran
Empat buah treler ditahan Jabatan Kastam Kedah di Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu kerana disyaki menyeludup minyak diesel.
Seludup diesel: Tiga lelaki warga Thailand didenda
Tiga lelaki warga Thailand didenda selepas masing-masing mengaku bersalah menyeludup keluar diesel bersubsidi dari negara ini ke Thailand di Bukit Kayu Hitam.