KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia menafikan menahan seorang ketua jurutera warga China selama lapan jam seperti dilaporkan sebuah portal berita semalam.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata sebaliknya urusan untuk memberikan Pas Khas kepada lelaki tersebut tidak dapat diteruskan kerana dia gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengemukakan dokumen yang diperlukan.
Beliau berkata lelaki tersebut juga gagal mengemukakan tiket penerbangan pulang dalam masa 30 hari dan tidak memuat naik keputusan kit saringan pantas (RTK) antigen COVID-19 dalam MySejahtera.
"Pas Khas tidak dapat dikeluarkan kerana menunggu syarikat majikan lelaki tersebut membeli tiket penerbangan pulang dan keputusan saringan dimuat naik ke dalam MySejahtera," katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi jabatan berkenaan.
Beliau menjelaskan bagaimanapun setelah tiket penerbangan pulang yang sah dalam tempoh 30 hari telah dikemukakan dan keputusan saringan itu dimuat naik dalam MySejahtera, pihaknya telah mengeluarkan Pas Khas dan Memo Periksa Keluar selaras dengan peraturan dan undang-undang yang diperuntukkan.
Khairul Dzaimee berkata demikian ketika mengulas laporan kenyataan pemain industri perkapalan (Maritim Network) yang menganggap tindakan jabatan berkenaan menahan ketua jurutera warga China selama tempoh lapan jam itu tidak profesional.
"Orang ramai sama ada warga asing atau warga tempatan diingatkan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa serta menyediakan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan sebelum hadir berurusan di kaunter atau mana-mana pejabat Imigresen," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata sebaliknya urusan untuk memberikan Pas Khas kepada lelaki tersebut tidak dapat diteruskan kerana dia gagal mematuhi SOP dan mengemukakan dokumen yang diperlukan. - Gambar fail
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
KDN dalam proses perkemas struktur perjawatan Jabatan Imigresen
Jabatan Imigresen sedang memperkemas struktur perjawatan dan penambahbaikan perkembangan kerjaya Skim Perkhidmatan Imigresen.
Jabatan Imigresen perkenal pas khas digital eSP mulai Januari 2025
Jabatan Imigresen akan memperkenalkan pas khas dalam talian (eSP) bermula Januari 2025.
Lebih 41,000 pendatang asing tanpa izin ditahan setakat 13 November lepas - KDN
Seramai 41,073 pendatang asing tanpa izin telah ditangkap menerusi 17,745 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara, setakat 13 Nov lepas.
Pegawai Imigresen tidak terlibat insiden warga asing dikasari di KLIA Terminal 1
Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan insiden pengembara warga asing dikasari di Terminal 1 KLIA tidak melibatkan pegawai daripada jabatan berkenaan.
Perbandingan sosial, kehendak berlebihan punca elemen rasuah wujud - KSN
Tabiat membandingkan diri dengan orang lain yang kelihatan lebih berjaya atau memiliki lebih banyak harta, adalah antara elemen mendorong penjawat awam menjurus melakukan perbuatan tidak bermoral.
JIM serbu sarang khidmat seks tawar tempahan dalam talian
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menggempur sarang khidmat seks yang menawarkan tempahan secara dalam talian menerusi beberapa serbuan di sekitar Shah Alam dan Damansara semalam.
Sindiket penyeludupan migran warga Indonesia tumpas
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penyeludupan migran warga Indonesia menerusi satu operasi khas di sekitar Kajang.
Lelaki Singapura, Palestin antara 85 pendatang asing ditahan Imigresen
Seorang lelaki Singapura dan seorang lelaki Palestin antara 85 pendatang asing ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Johor dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini serta Muar pada Jumaat dan Sabtu lepas.
Pegawai, anggota Imigresen perlu amal sikap amanah, taat setia - Zakaria
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban hari ini mengingatkan pegawai dan anggota penguat kuasa jabatan itu supaya sentiasa mengamalkan sikap amanah dan taat setia.
'Counter setting: Penguat kuasa Imigresen ditahan SPRM ditempatkan di unit lain
Zakaria berkata mereka dipindahkan daripada penugasan asal dan tidak lagi berkhidmat di kaunter kawalan pintu masuk di KLIA.