Imbasan berita dan peristiwa tumpuan sepanjang Mei tahun ini
Farhana Joni
Mei 31, 2021 14:16 MYT
Mei 31, 2021 14:16 MYT
PEJAM celik, pejam celik, tanpa kita sedari hari ini merupakan hari terakhir bagi bulan kelima pada tahun ini.
Banyak perkara yang menjadi tumpuan sepanjang 31 hari pada bulan ini, antaranya isu yang berlegar sekitar ketibaan Aidilfitri, yang disambut secara sederhana di seluruh negara, dan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 penuh.
Di luar negara pula, gencatan senjata yang dicabuli tentera Israel serta kes jangkitan dan kematian akibat COVID-19 di India semakin meruncing.
Jom kita soroti serba sedikit beberapa berita menarik dan mencuri tumpuan pelbagai pihak bersama Garis Masa bulan ini.
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu kenyataan berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Tempahan janji temu untuk pusingan kedua Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca ditutup selepas satu jam ia dibuka.
Vaksin yang diluluskan sudah diuji keberkesanannya - Dr Akhmal
Perkara itu dimaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi akaun Twitter mereka.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Ahad.
Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak.
Harussani yang menyandang jawatan Mufti Perak sejak 1985 dan isteri Puan Sri Ainon Abdul Ghani disahkan dijangkiti COVID-19 sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu.
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) hari ini mengeluarkan laporan ringkas dapatan awal berkenaan kemalangan pelanggaran bagi Tren 40 dan Tren 81 di antara Stesen KLCC dan Kampung Baru (arah selatan).
Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi sidang media secara maya.
5. Beberapa personaliti industri hiburan dijangkiti COVID-19
Pelakon terkenal, Nabila Huda, Nora Danish dan Tiz Zaqyah mengumumkan mereka dijangkiti wabak COVID-19.
Tiga aktres ini dimaklumkan mengenai keputusan ujian saringan positif oleh pihak hospital.
6. Rakyat Malaysia bersatu kecam Israel di laman sosial
Terkesan dengan apa yang dialami penduduk Palestin yang diserang tentera Israel, ramai rakyat Malaysia bersatu 'menyerang' akaun Twitter dan Facebook, Israel Defence Forces.
Ramai netizen meninggalkan banyak komen yang menyatakan kecaman sehingga menyebabkan kemarahan beberapa pengendali akaun media sosial terbabit.
7. Hamas, Israel setuju gencatan senjata tamatkan ketegangan di Gaza
Pejuang Hamas dan Zionis Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata berkuat kuasa awal pagi Jumaat waktu tempatan, sekali gus berpotensi menamatkan pertempuran yang berlangsung selama 11 hari.
Perkara itu disahkan jurucakap Hamas dan Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
8. Kes COVID-19, India catat rekod global baharu
India mencatat rekod global baharu pada Khamis selepas melaporkan kes jangkitan COVID-19 sebanyak 412,262 dalam tempoh sehari, lapor Agensi Anadolu.
Varian Hibrid | Gabungan varian India dan UK di kesan di Vietnam
Menurut Kementerian Kesihatan jumlah keseluruhan kes setakat ini melebihi 21 juta manakala 3,980 lagi kematian dilaporkan menjadikan keseluruhan mencecah 230,168 orang.
Kumpulan itu mencatatkan kerugian disebabkan oleh perbelanjaan operasi lain-lain berjumlah RM5.21 bilion pada tempoh dikaji berbanding RM45.06 juta pada suku sebelumnya.
10. Francisca Luhong dan cabaran mengakhiri penantian Malaysia di pentas Miss Universe
Misi mengukir nama Malaysia sebagai pesaing hebat di pentas Miss Universe berjaya digalas dengan cemerlang oleh gadis jelita kelahiran negeri Bumi Kenyalang, Francisca Luhong James.
Setakat ini, dia yang merupakan Miss Universe Malaysia 2020 berjaya membuktikan kepada peminat arena ratu kecantikan di seluruh dunia bahawa Malaysia juga mampu menghasilkan jaguh yang menawan, berketrampilan, dan bijaksana.
#PKP Penuh
#Israel
#Palestin
#Nabila Huda
#India
#COVID-19
#Aidilfitri
#Tan Sri Harussani Zakaria
#KKM
#Francisca Luhong
#ratu cantik