IMAMS: Tiada unsur rasuah, hanya masalah pentadbiran kerajaan - SPRM
Harits Asyraf Hasnan
Disember 18, 2017 14:45 MYT
Disember 18, 2017 14:45 MYT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nafi wujud unsur rasuah buat masa ini dalam pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS).
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata masalah yang timbul berkenaan sistem itu adalah masalah pentadbiran kerajaan.
"Ini adalah masalah pentadbiran kerajaan yang setakat ini tiada unsur atau elemen rasuah.
"Saya rasa tak perlu pihak saya buat kenyataan kerana isu sudah selesai," katanya kepada Astro AWANI menerusi pesanan ringkas WhatsApp.
Tambahnya, buat masa kini pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan berhubung pelaksanaan IMAMS.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi percaya wujud pihak yang ingin mengambil peluang dalam pelaksanaan sistem itu.
Malah, Ahmad Zahid mendakwa pelaksanaan sistem itu juga bertentangan dengan keputusan yang dibuat Kabinet.
#Azam Baki
#bayaran umrah
#GST
#IMAMS
#kabinet
#pelaksanaan IMAMS
#penipuan umrah
#SPRM
#Timbalan Perdana Menteri
#umrah
#Zahid Hamidi