Program 'Volunteer Malaysia' di bawah inisiatif 1Malaysia for Youth (iM4U) bakal mengadakan program sukarelawan terbesar di Malaysia tahun ini yang melibatkan 40,000 sukarelawan.
Turut disokong oleh Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan, program ini terbuka kepada semua yang berumur 18 tahun ke atas dan akan diadakan pada 12 September secara serentak di 13 negeri.
Menurut Ketua Pegawai Operasi iM4U, Rudy Malik, objektif utama program ini adalah bagi memupuk masyarakat yang lebih penyayang dan bertanggungjawab.
Antara aktiviti amal yang diperkenalkan tahun ini adalah pembersihan laut dalam, pembanterasan denggi, penjagaan alam sekitar dan kebersihan tempat awam.
"Sambutan yang begitu menggalakan pada tahun lepas iaitu sebanyak 26,835 sukarelawan telah menyertai program ini.
"Oleh itu pada tahun ini, kami bercadang untuk mengadakan besar-besaran bagi mengumpulkan 40,000 sukarelawan untuk mengadakan empat aktiviti yang disediakan," jelas Rudy yang ditemui di sidang media program 'Volunteer Malaysia' di Damansara Perdana pada Selasa.
Selain itu, pada majlis berkenaan, Rudy turut memperkenalkan barisan ikon 'Volunteer Malaysia' yang terdiri daripada penyanyi Firman AF, Aman AF, penyampai radio Azura, Fiza dan Anantha.
Kesemua ikon ini bakal turun ke negeri pilihan masing-masing bagi menjayakan program sukarelawan ini.
Pendaftaran untuk menyertai program ini akan mula dibuka kepada ramai mulai Rabu.
Mereka yang berminat boleh layari iM4U.my atau ikuti iM4U Fm di saluran 107.9FM.
Selain Malaysia, program ini akan turut diadakan serentak di Tokyo (Jepun), New York (Amerika Syarikat), Manchester (United Kingdom), Jakarta (Indonesia) dan Melbourne (Australia) menerusi Pusat Outreach iM4U.
Azyyati Ahmad
Wed Aug 19 2015

Rudy Malik (tengah) turut memperkenalkan barisan ikon 'Volunteer Malaysia' yang terdiri daripada penyanyi Firman AF, Aman AF, penyampai radio Azura, Fiza dan Anantha. - Astro AWANI
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Patriot jangan putar belit isu PLKN - Bastien
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) diminta tidak memutarbelitkan isu Program Semaian Patriotisme Belia yang dicadangkan mereka berbanding Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

KPWKM fokus lahirkan lebih ramai sukarelawan muda - Rohani
Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kementerian juga melaksanakan pelbagai program latihan sukarelawan bertujuan memberikan ilmu dan kemahiran yang relevan kepada generasi muda.

Kempen perangi wabak denggi 2014: Apakah peranan anda?
Lebih 2.5 bilion orang, merangkumi lebih daripada 40 % daripada penduduk dunia kini, berisiko tinggi menghidapi demam denggi. Kempen perangi denggi berleluasa namun jumlah kes semakin meningkat

Konsert Permata Seni tawan Istana Budaya
Konsert Permata Seni 2013 berjaya menawan pentas Istana Budaya dengan pementasan berbentuk muzikal menggabungkan 158 kanak-kanak Permata Seni.

Perdana Menteri sertai aktiviti 'My Beautiful Malaysia' di Kampung Taman Medan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa memeriahkan beberapa aktiviti sempena pelancaran My Beautiful Malaysia bersama penduduk di Kampung Taman Medan di sini.