Iklan 'Kasut Gombak' perkenalkan Ashraf Sinclair dalam industri seni

Saraya Mia
Februari 18, 2020 14:50 MYT
Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pada awal pagi Selasa di Jakarta, Indonesia pada usia 40 tahun - Gambar fail
INGAT lagi dengan iklan Petronas bertajuk ‘Kasut Gombak’ sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan negara ke-41, pada tahun 1998?
Iklan Pengumuman Perkhidmatan Awam (PSA) itu merupakan salah satu penampilan pertama Allahyarham Ashraf Sinclair di dunia seni tanah air.
"Apa salahnya kasut saya buatan Gombak", ujar Ashraf Sinclair kepada gadis di sebelahnya, iaitu Vanida Imran yang turut menggayakan kasut buatan gombak.
Video berdurasi 1 minit 30 saat itu memberi peringatan kepada rakyat Malasia bahawa barang buatan tempatan juga setanding dengan barang buatan antarabangsa.
Iklan yang telah diterbit 22 tahun dahulu itu merupakan antara hasil terbitan pertama Allahyarham Yasmin Ahmad sebagai seorang pengarah, sebelum melonjak ke industri filem.
Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pada awal pagi Selasa di Jakarta, Indonesia pada usia 40 tahun.
Allahyarham meninggalkan isteri, Bunga Citra Lestari dan seorang anak, Noah yang berusia 10 tahun.
BACA: "Hidup ini fragile" - Nasihat Ashraf Sinclair kepada Nash Idrus
BACA: 'Ashraf Sinclair sihat, tidak hidap penyakit' - Pengurus Bunga Citra Lestari
#Allahyarham #Ashraf Sinclair #BCL #filem #Indonesia #Jakarta #meninggal dunia #Petronas #rakyat #video
;