Identiti dua penunggang motosikal yang maut kemalangan di Singapura dikenal pasti

Bernama
Mac 12, 2017 16:42 MYT
Dua penunggang motosikal warga Malaysia terbunuh dalam kemalangan membabitkan sembilan motosikal dan sebuah van pada petang Sabtu. - Foto Ihsan Pembaca
Dua penunggang motosikal warga Malaysia yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan sembilan motosikal dan sebuah van pada petang Sabtu di sini dikenali sebagai Loke Whay Nam dan Lim Chun Hong, menurut sumber.
Dalam pelanggaran di Lebuhraya Bukit Timah (BKE), Loke 50, and Lim 34, maut di tempat kejadian.
Atas beberapa sebab, sumber berkenaan hanya dapat menyatakan nama si mati dan tidak enam penunggang Malaysia lain yang cedera.
Mereka mendapat cedera di kepala dan badan dan kini dirawat di Hospital Khoo Teck Puat, Yishun.
Media Malaysia difahamkan mayat Loke dan Lim telah dituntut oleh keluarga awal pagi ini dari Hospital Besar Singapura.
Kemalangan berlaku sekitar 3.30 petang semalam di BKE menghala ke Woodlands selepas simpang keluar Lebuhraya Seletar (SLE) ketika mereka sedang berteduh di bawah jejambat. -- Bernama
#kemalangan #laman sosial #Lim Chun Hong #Loke Whay Nam #mangsa #Nahas #rakyat Malaysia #Singapura
;