#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (9-15 Nov)

Astro Awani
November 15, 2015 15:11 MYT
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang dari 9 Nov hingga 15 Nov 2015.
BERIKUT adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 9 hingga 15 November 2015.
Antara tajuk-tajuk utama minggu lalu yang berjaya mencuri perhatian umum adalah kisah kejuaraan Datuk Lee Chong Wei dalam Siri Super Terbuka China, serangan berdarah di Paris, keadaan bilik penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim, keajaiban bayi berkepala dua di Dhaka, cerita tentang Tan Sri Muhyiddin Yassin, salah faham tentang bilik wuduk VVIP Masjid Negara, dan kemeriahan persembahan konsert Gegar Vaganza 2.
AHAD, 15 November 2015:
Janda jerat lebih 16 mangsa, lesapkan RM30,000 bermodal ayat manis
Perwatakan lembut dan alim serta raut wajah yang manis didakwa dijadikan modal seorang janda untuk melakukan penipuan wang termasuk membuat cerita dirinya menghadapi masalah membawa masuk pembantu rumah.
Chong Wei rangkul kejuaraan Terbuka China
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei meraih kejuaraan bermakna dalam Terbuka China selepas mudah mengatasi pemain tuan rumah Chen Long.
SABTU, 14 November 2015:
Paris 'berdarah' lagi: 'Kenapa terlalu banyak kebencian dalam dunia kini?'
Perhatian masyarakat antarabangsa tertumpu kepada insiden letupan dan tembakan bersiri di bandar raya Paris, Perancis.
Warga Malaysia di Paris ceritakan detik cemas
Warga Malaysia di Paris, Affy Affandi menceritakan suasana tegang yang sedang berlaku di kota itu sewaktu dikejutkan dengan serangan berdarah oleh kumpulan pengganas.
JUMAAT, 13 November 2015:
Anwar di balik tirai besi: bukan seperti banduan
Sel tahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sebuah katil hospital bernilai RM5,000, dan di sudut yang lain terdapat pancuran mandi air panas dan sejuk, yang dilitupi langsir untuk memastikan privasi selain menutupi tandas duduk. Sebuah kipas dinding pula menghadap ke sebuah meja tulis.
Bapa terkejut bayi perempuan dilahir berkepala dua di Bangladesh
Seorang bayi perempuan berkepala dua telah dilahirkan melalui pembedahan di sebuah hospital di Bangladesh. Abu Kawsar, pemilik Hospital Standard Total Healthcare berkata ujian awal bagaimanapun tidak menunjukkan bayi tersebut mempunyai dua kepala, hanya satu set organ-organ penting.
KHAMIS, 12 November 2015:
Ahmad Maslan ada dalam kumpulan WhatsApp 'Kami Anti Ahmad Maslan'
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan akui berada dalam kumpulan 'Kami anti Ahmad Maslan' di WhatsApp dan tidak akan keluar dari kumpulan itu.
'Tekan 1 jika anda sokong Muhyiddin...'
Di dalam UMNO pula, kajian mengenai sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang giat diadakan melalui panggilan automatik. Menurut sumber dalaman parti, panggilan itu ditujukan kepada semua ketua bahagian, ketua sayap serta ahli jawatankuasa parti di setiap kawasan di seluruh dunia.
RABU, 11 November 2015:
Mr. Bean dicerai isteri dalam tempoh 65 saat
Pelakon yang terkenal dengan watak Mr. Bean, Rowan Atkinson, diceraikan isterinya selepas 24 tahun berkahwin. Prosedur perceraian di mahkamah hanya mengambil masa 65 saat.
Bilik wuduk VVIP: Imam Besar Masjid Negara beri penjelasan
Susulan penyebaran beberapa keping gambar bilik wuduk VVIP di Masjid Negara beberapa hari lalu, pihak pengurusan masjid berkenaan tampil membuat penjelasan.
SELASA, 10 November 2015:
Tak sampai 24 jam, treler filem baru SRK dan Kajol cecah 1 juta tontonan
Trailer filem terbaharu yang menggandingkan Shah Rukh Khan (SRK) dan Kajol, Dilwale, mencatatkan rekod tersendiri apabila mencecah tontonan lebih sejuta tidak sampai 24 jam dikeluarkan.
ISNIN, 9 November 2015:
Gegar Vaganza 2: Persembahan Siti Nordiana buat ramai rindu Achik
Persembahan Siti Nordiana bersama pasangan duetnya vokalis kumpulan Kristal, Razlan menerusi lagu Memori Berkasih di konsert keempat Gegar Vaganza 2 (GV2) menjadi viral dan sebutan netizen di laman sosial.
##ICYMI #Berita Pilihan Pengarang #ICYMI